Monday 4 November 2013

Forget You ? :3

Assalamualaikum !! :)

hehe..kali nie jom cerita pasal kisah lama..pernah tak korang 'frust'?patah hati laa..mesti pernah kan.And,mostly seseorang tu frust sebab cinta.Tak kiralah sama ada sebab ditinggalkan kekasih ke,cinta tak terbalas ke,orang yang kita suka tu da dimiliki ke,dan kes paling parah bila kita sendiri tak dapat nak beritahu perasaan kita dekat si dia.sedih kan?

Saya bukan nak cerita pengalaman cinta dalam post ni yaa..hehe.saya cuma nak bagi beberapa tips yang korang boleh cuba laa untuk melupakan si dia tu.memang susah,saya akui,tapi..kalau kita usaha mesti berjaya kan? :)

1) Berdoa kepada Tuhan : Yang ni perkara pertama korang kena try.Doa dekat Tuhan supaya perasaan kita dekat dia tu hilang.lepas tu,kenalah belajar untuk Reda.

2) Buang semua barang-barang yang buat kita teringat dekat dia: Tak kiralah apa pun,yang penting bila kita tengok benda tu,kita teringat masa kita bersama dengan dia.Buang,Walaupun kenangan dengan dia kita tak dapat lupa,tapi,percayalah,semakin kita melewati masa,kita akan lupa tentang si dia :)

3) Belajar untuk mencintai diri sendiri : Kadang-kadang,bila kita sibuk sangat sayang dengan orang lain,kita tak sedar yang kita melukakan diri sendiri.Tak percaya?cuba ingat,kita penat fikir tentang dia,nangis lagi,tak lena tidur lagi..kan?jadi,belajar untuk hargai diri kita :)

4) Sibukkan diri : Cari aktiviti yang buat kita rasa seronok.Keluar dengan kawan-kawan ke,bermain dengan anak buah ke,dengar muzik ke,tengok movie ke,main game ke..

5) Bila dia text ? : Ini terpulang dari korang laa nak reply atau tak.hehe,tapi,cuba fikir,kenapa dia nak text sedangkan dia tahu yang kita dah terluka kan?


So,itulah antara tips yang boleh korang cuba.Ingat,kita berpisah dengan seseorang itu untuk  menunjukkan bahawa akan ada jodoh yang lagi baik untuk kita.Cinta itu fitrah,tapi jangan sampai memudaratkan ok ! :)

Toodles ! ! ^_^

0 comments:

Post a Comment

 

My Life story Begins with . . . Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang